MALAM JUMAAT
Friday, February 19, 2016 // 0 comment(s)

Assalamualaikum,

Tahu tak.., aku tak sabar nak tulis post aku untuk kali ini. Sebab hati aku dah terlalu sarat dengan kata-kata. Nak simpan sikit kat sini. Biarkan. Kerana inikan ruangan aku. Ruangan hati aku yang tersembunyi dan boleh dibaca semula. Aku suka !! HAHAHA...

Citer ni tak sengsasi mana pon. Just nak kongsi pada diri sendiri. 'Hidup aku yang penuh dengan salinan,' Sebabnya entahlah.., aku ada masalah dalam menghafal rasanya. Mungkin orang lain boleh cakap. Ala..perkara biasalah tu tak dapat hafal nama orang, biasalah tu tak dapat hafal tempat dan sebagainya. Mungkin.... biasa bagi orang lain. Tapi 'kurang' biasa bagi aku. Hanya aku sahaja tahu. Sampailah laa nih, aku dah masuk alam kerja pon. Hidup aku ni penuh dengan nota. Kerana otak aku telalu lemah & lembab untuk menghafal semua. Salah seorang sahabat aku pernah beritahu yang aku ni ada masalah yang dipanggil 'Short Memory'. orang seperti aku perlu buat 3 perkara lebih dari orang lain. ''Aku perlu dengar. Aku perlu lihat dan aku perlu mencatit.'' Dan... itulah yang aku cuba buat dari dulu hinggalah sekarang.

Sejak dulu. Aku terlalu suka mencatit, sehingga ada yang kata... 'Ishh...rajinnya kau.., salin semua nih... Menyusahkan je..'. 'Kau buat semua nota nih? Rajinnye... Tak letih ke? 'Ya.., menyusahkan... and ofcos lah letih tapi nak buat macam mana, aku perlu buat dan dah jadi hobi tetap aku pon.

Biar pon macam ni. Aku happy kerana tuhan beri aku kelemahan yang terindah. Dapat melihat segala catitan aku semula. Mungkin melalui semua ni. Diri aku dah terdidik menjadi rajin. Kahh. Taklah rajin mana. Cuma.., bersyukur. Mungkin untuk mendapatkan sesuatu benda.. orang lain boleh senang untuk mendapatkannya, Tapi untuk aku, Aku perlukan 3 kali ganda berusaha dari mereka. Membuatkan aku rasa lebih bersyukur  dan menghargai dari orang lain. Itu yang buat aku happy. Hahaa... Sekurang-kurangnya, masalah aku taklah sebesar mana seperti orang lain yang cacat anggota.

Perhh, banyaklah pulak luahan aku yang dah terluah. Harap aku tak lupa password blog aku ni untuk aku terus menulis segala yang aku rasa mahu ditulis. Kahkah..

GOOD NITE !