Aku Sayang Kau Sangat-Sangat Kawan !
Thursday, January 21, 2016 // 0 comment(s)

Bismillah.

Okey terus start. Malas nak berbunga2.
Aku rindu kawan aku.
Sangat2. Tersangat.
Terlalu.
Sungguh !

Hati aku entah kenapa menggedik feeling sedih saat nih. Bila baca post pada blog kawan aku ni waktu 2013 punya. Zaman aku masih di UiTM Lendu dulu. Fuhh. Siap dengan lagu blog dia yang menyetuh jiwa, buat segala memory berkejar-kejaran zaman di U dulu terimbas kembali semua. Tak sukanya !!
"Amazing Love " Lagu ni ganggu urat saraf otak aku saat nih.

Terima kasih kawan.

Cerita kat post kau tuh yang katanya dalam perjalanan nak balik ke Lendu untuk sem ke 2 buat aku sedih. Malas kau nak balik sambung belajar tu buat aku rasa nak balik zaman tuh. Nak peluk kau kuat-kuat. Ya Allah. Aku bersyukur, kau beri aku rasa dapat sambung belajar. Kenal mereka semua. Walaupun zaman tu dah pon berlalu dan kini aku sudah pon bekerja dan mereka-mereka still lagi sambung belajar... but aku happy sangat-sangat.. bagi aku merasa semua tuh.

Terima kasih Tuhan.

Aku sedih kerana aku terlalu gembira untuk merasa semua ni. Kalau nanti memory aku hilang. Aku harap cerita yang aku tulis ni dapat ingatkan aku semula ke zaman tu. Amin.
Permulaan 2016

Bismillah.

Biarkan aku terperuk di sini seorang diri.
Meluah segala isi hati.

Dari kosong, Putih. Aku hias jadi luas.
Jadikan ini rumah aku untuk aku berteduh.

Syukur.

Cerita aku bukan untuk meluah kekurangan hidup.
Tapi syukur aku pada Dia.
Beri aku segalanya.

Alhamdulillah....