Sistem Dajjal
Saturday, December 21, 2013 // 0 comment(s)

Sistem ini membunuh manusia,
disembah kerana terpaksa.
dihimpit jadi sakit.


siapa yang cipta ?


Sistem ini sistem hitam,
bunuh otak manusia hidup-hidup,
manusia dulu gah kerana ilmu,
manusia dulu kejar kerana cinta,
bukan gapai kerana terpaksa.

Ini sistem dajjal.
Asalnya,
gali ilmu untuk tambah akal,
kini pupus dek kerahan makna nilai.