cia cia cia...
Monday, March 14, 2016 // 0 comment(s)

Hari ni hari Isnin, 14 hb 3 2016.
Bismillah,
Assalamualaikum kepada diri aku. AHAHAA..!

First of all, I'm happy walaupun bercampur sedikit duka. Tapi itulah lumrah hidup. Kalau happy je memanjang macam mana kita nak rasa syukur kan? Dengan kepahitan buat kita berfikir dan dengan pemberian yang berikutnya buat kita bertambah bersyukur. Cia.. cia.. cia...

Now, start the story. Sabtu lepas, aku dilepaskan oleh parents aku untuk keluar bersama dua rakan baik aku masa aku belajar di UiTM Lendu dulu. Alhamdulillah. Diorang  memang dah booking aku lama gila dari bulan lepas. Maklumlah aku ni memang susah kalau diajak keluar because my parents are too straight for let go dia punya daughter keluar rumah. but I'm proud to be one of  these family. Peraturan dalam family aku terlalu ketat.. Siapa yang couple dalam family aku memang kena bahan habis-habisan. Yapp, kakak aku dah terlepas. Masa dia couple dengan husband dia dulu pon memang cam susahlah kan. Tapi diorang tak lah bercinta just kenal kejap, after 3 months tak silap aku terus tunang and lepas 6 bulan tempoh tunang, terus nikah. settle. Dah melalut dah aku nih. Tapi gitulah.

Susah nak cakap macam mana, tapi hidup aku lepas balik kerja adalah dirumah dan kemudian ke tempat kerja semula, kemudian di rumah... kemudian sama jelah. AHAHAHA. Kawan? yapp. Hidup aku simple. Aku ramai kawan tapi hanya panggilan sebagai KAWAN. Not best friend. Aku tak de kawan gitu. My best friends are my lovely family. Yapp. Boring for you right? But I'm happy.

Tipulah, aku tak pernah memberontak. Sebab hidup aku sentiasa diperhati. Pergi ke mana pon walau ke kedai depan rumah, segalanya kena depan mata dan di perhati. Until now umur aku @#$... aku tetap budak bagi mereka. Dulu aku tak faham dan sampai sekarng pon mungkin aku sedikit tak faham, tapi disebabkan perasaan sayang aku lebih menebal dari rasa memberontak itu pada mak dan ayah aku, aku lupakan je. Sebab aku tahu sesuatu yang Allah susun di sekeliling kita bukan sesuatu yang buruk kalau kita betul-betul bukak mata memikirkannya.

Mungkin mereka terbawa hidup pada zaman mereka dan aku akan cuba faham.

Aku.., nak luah... tapi aku takut aku salah. Sebab orang kata, kau takkan faham sebab kau tak de anak lagi. Sebab itu, aku harap, sekiranya aku ada anak, aku akan cuba memahami minat dan kehendak mereka dan mereka pon aku harap cuba memahami kebimbangan aku sebagai mak dan ayah mereka. Amin.

Pape pon. Aku sayang mereka. sayang sangat-sangat.
panjang umur ye...
Wednesday, March 2, 2016 // 0 comment(s)

Selamat Sejahtera ke atasmu,

Hari ni birthday aku. Tu je. Menunjuk tak? Ahhahaaa. 
Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.kau berikan kebahagiaan yang tidak terhingga pada aku.

MALAM JUMAAT
Friday, February 19, 2016 // 0 comment(s)

Assalamualaikum,

Tahu tak.., aku tak sabar nak tulis post aku untuk kali ini. Sebab hati aku dah terlalu sarat dengan kata-kata. Nak simpan sikit kat sini. Biarkan. Kerana inikan ruangan aku. Ruangan hati aku yang tersembunyi dan boleh dibaca semula. Aku suka !! HAHAHA...

Citer ni tak sengsasi mana pon. Just nak kongsi pada diri sendiri. 'Hidup aku yang penuh dengan salinan,' Sebabnya entahlah.., aku ada masalah dalam menghafal rasanya. Mungkin orang lain boleh cakap. Ala..perkara biasalah tu tak dapat hafal nama orang, biasalah tu tak dapat hafal tempat dan sebagainya. Mungkin.... biasa bagi orang lain. Tapi 'kurang' biasa bagi aku. Hanya aku sahaja tahu. Sampailah laa nih, aku dah masuk alam kerja pon. Hidup aku ni penuh dengan nota. Kerana otak aku telalu lemah & lembab untuk menghafal semua. Salah seorang sahabat aku pernah beritahu yang aku ni ada masalah yang dipanggil 'Short Memory'. orang seperti aku perlu buat 3 perkara lebih dari orang lain. ''Aku perlu dengar. Aku perlu lihat dan aku perlu mencatit.'' Dan... itulah yang aku cuba buat dari dulu hinggalah sekarang.

Sejak dulu. Aku terlalu suka mencatit, sehingga ada yang kata... 'Ishh...rajinnya kau.., salin semua nih... Menyusahkan je..'. 'Kau buat semua nota nih? Rajinnye... Tak letih ke? 'Ya.., menyusahkan... and ofcos lah letih tapi nak buat macam mana, aku perlu buat dan dah jadi hobi tetap aku pon.

Biar pon macam ni. Aku happy kerana tuhan beri aku kelemahan yang terindah. Dapat melihat segala catitan aku semula. Mungkin melalui semua ni. Diri aku dah terdidik menjadi rajin. Kahh. Taklah rajin mana. Cuma.., bersyukur. Mungkin untuk mendapatkan sesuatu benda.. orang lain boleh senang untuk mendapatkannya, Tapi untuk aku, Aku perlukan 3 kali ganda berusaha dari mereka. Membuatkan aku rasa lebih bersyukur  dan menghargai dari orang lain. Itu yang buat aku happy. Hahaa... Sekurang-kurangnya, masalah aku taklah sebesar mana seperti orang lain yang cacat anggota.

Perhh, banyaklah pulak luahan aku yang dah terluah. Harap aku tak lupa password blog aku ni untuk aku terus menulis segala yang aku rasa mahu ditulis. Kahkah..

GOOD NITE !


Aku Sayang Kau Sangat-Sangat Kawan !
Thursday, January 21, 2016 // 0 comment(s)

Bismillah.

Okey terus start. Malas nak berbunga2.
Aku rindu kawan aku.
Sangat2. Tersangat.
Terlalu.
Sungguh !

Hati aku entah kenapa menggedik feeling sedih saat nih. Bila baca post pada blog kawan aku ni waktu 2013 punya. Zaman aku masih di UiTM Lendu dulu. Fuhh. Siap dengan lagu blog dia yang menyetuh jiwa, buat segala memory berkejar-kejaran zaman di U dulu terimbas kembali semua. Tak sukanya !!
"Amazing Love " Lagu ni ganggu urat saraf otak aku saat nih.

Terima kasih kawan.

Cerita kat post kau tuh yang katanya dalam perjalanan nak balik ke Lendu untuk sem ke 2 buat aku sedih. Malas kau nak balik sambung belajar tu buat aku rasa nak balik zaman tuh. Nak peluk kau kuat-kuat. Ya Allah. Aku bersyukur, kau beri aku rasa dapat sambung belajar. Kenal mereka semua. Walaupun zaman tu dah pon berlalu dan kini aku sudah pon bekerja dan mereka-mereka still lagi sambung belajar... but aku happy sangat-sangat.. bagi aku merasa semua tuh.

Terima kasih Tuhan.

Aku sedih kerana aku terlalu gembira untuk merasa semua ni. Kalau nanti memory aku hilang. Aku harap cerita yang aku tulis ni dapat ingatkan aku semula ke zaman tu. Amin.
Permulaan 2016

Bismillah.

Biarkan aku terperuk di sini seorang diri.
Meluah segala isi hati.

Dari kosong, Putih. Aku hias jadi luas.
Jadikan ini rumah aku untuk aku berteduh.

Syukur.

Cerita aku bukan untuk meluah kekurangan hidup.
Tapi syukur aku pada Dia.
Beri aku segalanya.

Alhamdulillah....